Live Webinar Perancangan Perniagaan & Perancangan Kewangan

3 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Julai 2026, telah diadakan Live Webinar Perancangan Perniagaan & Perancangan Kewangan yang berlangsung secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini disertai oleh individu yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang pengurusan perniagaan serta kewangan.

Sepanjang webinar, peserta didedahkan dengan teknik merancang perniagaan yang lebih sistematik, termasuk penyediaan pelan perniagaan, strategi pemasaran, pengurusan aliran tunai, pengawalan kos, dan perancangan kewangan yang berkesan. Penceramah turut berkongsi panduan mengenai pengurusan kewangan yang bijak bagi memastikan perniagaan kekal mampan dan mampu berkembang dalam jangka panjang.

Program ini memberi manfaat kepada peserta dengan meningkatkan kefahaman mereka mengenai kepentingan perancangan yang teratur dalam menguruskan perniagaan dan kewangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali